LAWATAN PENANDA ARAS MDSB BERKAITAN PENYEDIAAN PELAN BANDAR PINTAR MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima lawatan daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) untuk sesi perkongsian mengenai Penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) pada 5 Februari 2025 di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibupejabat MPKS.
Lawatan ini merupakan platform penting untuk MDSB mempelajari amalan baik dan pengalaman MPKS dalam melaksanakan Bandar Pintar dan Sijil Pematuhan SAGA. Melalui sokongan dan kerjasama antara kedua-dua PBT, diharapkan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di Sabak Bernam seterusnya membawa manfaat kepada penduduk dan memacu pembangunan wilayah Anjung Utara Selangor.
Dalam masa sama, lawatan ini merupakan satu langkah positif dalam memacu pembangunan bandar pintar dan transformasi digital di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Lawatan ini diketuai oleh Yang Berusaha, TPr. Roslan bin Amat Zainal, Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MDSB dan disambut oleh Yang Berusaha, Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : https://www.facebook.com/share/p/1E4y381FGR/