KONVOI JOM SANTAI KUALA SELANGOR SIRI PULAU PINANG
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Konvoi Jom Santai Kuala Selangor yang berlangsung pada 8 Februari 2025 (Sabtu) di Pulau Pinang merupakan satu inisiatif yang menarik untuk mempromosikan kawasan pelancongan di daerah Kuala Selangor. Konvoi ini melibatkan 20 buah motosikal dan berlangsung di lokasi tumpuan seperti Bukit Bendera, Pantai Batu Ferringhi dan Padang Kota.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa di kawasan persinggahan konvoi ini adalah sesi kuiz pelancongan, edaran pautan promosi digital dan sesi penerangan tentang pusat pelancongan di Kuala Selangor. Aktiviti ini adalah usaha MPKS dalam menyahut saranan Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2025.
MPKS juga mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang atas kerjasama dan sokongan mereka dalam memastikan kelancaran konvoi ini. Inisiatif seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran tentang destinasi pelancongan di Kuala Selangor malah dapat mengukuhkan hubungan antara Daerah dan Negeri dalam mempromosikan pelancongan tempatan.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS #surprisingselangor #selangorkanada #visitselangor2025 #vsy2025 #calenderofevent #exploreselangor
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : https://www.facebook.com/share/p/169ZZqZtmo/