Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

PROGRAM ORIENTASI KAKITANGAN BAHARU MPKS TAHUN 2025

Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Program Orientasi Kakitangan Baharu MPKS Tahun 2025 pada 12-13 Februari 2025, bertempat di De Palma Resort, Kuala Selangor. Program ini merupakan inisiatif penting oleh MPKS bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada kakitangan baharu mengenai dasar utama serta fungsi-fungsi setiap jabatan dan unit di bawah MPKS.

Seramai 30 orang peserta menyertai program ini yang terdiri daripada 20 orang kakitangan lantikan MyStep dan 10 orang kakitangan lantikan kontrak. Tujuan utama program ini adalah untuk memastikan kakitangan baharu memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam organisasi serta memudahkan proses integrasi mereka di dalam tugasan di MPKS.

Melalui program ini, peserta didedahkan kepada dasar-dasar utama MPKS, struktur organisasi dan fungsi setiap jabatan. Ini akan membantu mereka memahami bagaimana setiap unit beroperasi dan bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat membina semangat kerja berpasukan dan meningkatkan motivasi kakitangan baharu.

Secara keseluruhannya, Program Orientasi Kakitangan Baharu MPKS Tahun 2025 diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberikan impak positif kepada semua peserta serta organisasi secara keseluruhan.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : https://www.facebook.com/share/p/169ZZqZtmo/