DYMM SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ BERKENAN BERANGKAT MENZIARAHI MAKAM DIRAJA BUKIT MALAWATI DI KUALA SELANGOR
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Malawati di Kuala Selangor pada 17 Februari 2025.
Kompleks Makam tersebut menempatkan makam Sultan Selangor terdahulu, antaranya Sultan Selangor Pertama, Almarhum Sultan Salehuddin Shah (Raja Lumu), Sultan Selangor Kedua, Almarhum Sultan Ibrahim Shah dan Sultan Selangor Ketiga, Almarhum Sultan Muhammad Shah.
Turut hadir mengiringi, YDH Dato' Mohamad Yaacob bin Dato' Ismail, Dato' Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Yang Berusaha Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor dan Yang Berusaha Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor serta ketua-ketua agensi daerah.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : https://www.facebook.com/share/p/1BHDUjPPL5/