SESI PERBINCANGAN DAN LAWATAN PENILAIAN TAPAK KAJIAN PELAN INDUK LANDSKAP (PIL) DAERAH KUALA SELANGOR
Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima lawatan daripada Jabatan Landskap Negara untuk sesi perbincangan dan lawatan penilaian tapak bagi Kajian Pelan Induk Landskap Daerah Kuala Selangor yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Siantan, Ibu Pejabat MPKS pada 5-6 Februari 2025.
Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Jabatan Landskap, MPKS yang menerangkan Pelan Induk Landskap Daerah Kuala Selangor dan strategi pembangunan landskap yang mampan, menyeimbangkan antara pembangunan fizikal dan pemeliharaan alam sekitar. Sesi taklimat juga membincangkan kepentingan Pelan Induk Landskap dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk melalui penyediaan ruang hijau, taman awam, dan koridor sungai yang terurus.
Seterusnya, lawatan penilaian tapak diadakan untuk meninjau keadaan semula jadi dan landskap di Daerah Kuala Selangor. Lawatan ini memberi peluang kepada Jabatan Landskap Negara untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan penambahbaikan, pemuliharaan, atau pembangunan. Kawasan tumpuan termasuk taman awam, kawasan rekreasi, dan koridor sungai yang berpotensi untuk dimajukan sebagai ruang hijau yang mesra alam.
Secara keseluruhan, sesi ini merupakan langkah penting ke arah pembangunan landskap yang mampan dan seimbang di Daerah Kuala Selangor. Melalui kerjasama erat antara MPKS dan Jabatan Landskap Negara serta masyarakat setempat, diharapkan Pelan Induk Landskap Daerah Kuala Selangor dapat menjadi panduan yang efektif untuk mencipta persekitaran yang lebih hijau, sihat dan berkualiti untuk generasi masa kini dan akan datang.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS #surprisingselangor #selangorkanada #visitselangor2025 #vsy2025 #calenderofevent #exploreselangor
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS