Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

PELAKSANAAN TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR FASA 3

Mulai 3 Mac 2025, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan memulakan Pelaksanaan tempat letak kereta berbayar fasa 3 di beberapa kawasan. Pelaksanaan ini bertujuan untuk menguruskan penggunaan tempat letak kereta dengan lebih teratur dan efisien. Kawasan yang terlibat termasuk Kuala Selangor, Bandar Puncak Alam, Saujana Utama, Bestari Jaya, dan Bandar Seri Coalfields. Setiap kawasan ini mempunyai jalan-jalan tertentu yang akan dikenakan bayaran tempat letak kereta.

Lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Kuala Selangor:

• Taman Pahlawan: Jalan Pahlawan 1

• Taman Rhu Permai: Jalan 1

2. Bandar Puncak Alam:

• Pusat Niaga Astana Alam: Jalan Astana A 13/A, B 13/B, C 13/C, D 13/D, A 13/E

• Puncak Bestari: Jalan Niaga Bestari 1 hingga 8

3. Saujana Utama:

• Saujana Utama: Jalan Seroja 1/6

4. Bestari Jaya:

• Taman Aman Suria: Jalan Aman Suria, Jalan Aman Suria 1, Jalan Aman Suria 3

5. Bandar Seri Coalfields:

• Bandar Seri Coalfields: Jalan BSC 2B/1, Jalan BSC 2B/2

Kaedah pembayaran, bermula dari 1 April 2022, pembayaran tempat letak kereta akan dilakukan sepenuhnya secara digital. Pengguna digalakkan menggunakan ciri 'eKUPON' dalam aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) untuk membuat pembayaran. Selain itu, boleh membuat pembayaran melalui ejen-ejen eKupon berhampiran anda atau tambah nilai kredit SSP di kedai-kedai terpilih.

Pelaksanaan sistem tempat letak kereta berbayar ini diharapkan dapat meningkatkan pengurusan tempat letak kereta, mengurangkan kesesakan dan menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada pengguna. Dengan penggunaan teknologi digital, proses pembayaran menjadi lebih pantas dan efisien seterusnya memudahkan urusan harian penduduk dan pengunjung.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS