Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

SOAL SELIDIK PANDANGAN AWAM PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR DAN RENDAH KARBON KUALA SELANGOR 2035

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sedang menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar & Rendah Karbon 2035. Pelan tindakan ini adalah merupakan satu strategi bagi menjadikan Kuala Selangor sebagai satu kawasan pintar dan rendah karbon untuk kepentingan/kebaikan penduduk dan juga semua pemegang taruh di Kuala Selangor. MPKS berhasrat untuk melaksanakan inisiatif pintar dan rendah karbon bagi menambah baik sistem pengurusan dan perkhidmatan perbandaran melalui penggunaan teknologi untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Soal selidik ini akan menjadi asas untuk mengumpul maklumat dan mendapatkan pandangan daripada orang ramai dalam membangunkan Daerah Kuala Selangor sebagai sebuah bandar pintar dan rendah karbon menjelang tahun 2035. Untuk menyertai, sila imbas kod QR atau tekan kepada pautan berikut : https://rb.gy/y8czww.

Terima kasih atas penyertaan dan kerjasama.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS