Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

MAJLIS ANUGERAH IKONIK TOURISM SELANGOR 2024

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) selaku operator kepada Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Ikonik Tourism Selangor 2024 dalam Kategori Pelancongan Alam Semula Jadi, Kembara dan Eko Pelancongan. Anugerah ini diberikan sebagai penghormatan atas sumbangan dan kecemerlangan MPKS dalam memajukan industri pelancongan di Negeri Selangor.

Majlis penyampaian ini berlangsung sempena Showcase Tahun Melawat Selangor 2025 yang berlangsung pada 19 Februari 2025 di Foyer SUK, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dan anugerah telah diterima oleh Yang Berusaha, Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS.

Kewujudan kelip-kelip merupakan fenomena alam yang menakjubkan di Kampung Kuantan, Kuala Selangor. Di sini, pengunjung boleh menyaksikan kelip-kelip yang berkelipan di sepanjang sungai pada waktu malam. Fenomena ini mencipta pemandangan yang magis dan romantis, seolah-olah bintang-bintang turun ke bumi.

Kelip-kelip ini biasanya berkumpul di pokok-pokok bakau di sepanjang sungai dan pengunjung boleh menaiki bot kecil untuk melihatnya lebih dekat. Aktiviti ini menjadi tarikan pelancong yang popular terutama bagi mereka yang ingin mengalami keindahan alam semula jadi pada waktu malam.

Jika anda berpeluang melawat Kuala Selangor, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan "Kelip-kelip Kampung Kuantan" yang mempersonakan ini!

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/BXUctgya2zumCxmv5

Harga Tiket : 1 sampan (maksimum 4 orang ) RM60.00 untuk warganegara, RM100.00 (maksimum 4 orang ) untuk bukan warganegara

Waktu Operasi : Setiap Hari bermula jam 7.30 malam hingga 10.30 malam

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS # #KitaSelangor #surprisingselangor #selangorkanada #visitselangor2025 #vsy2025 #calenderofevent #exploreselangor 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS