KAEDAH BAYARAN DI KAUNTER MPKS
Kaedah bayaran di kaunter Majlis Perbandaran Kuala Selangor bermula 15 Oktober 2024 adalah bayaran secara tunai, Bank Draf (Bankers Cheque) dan Kad Kredit / Debit sahaja.
Selain itu, semakan dan pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui ip3ks, aplikasi CEPat - Citizen E-Payment dan aplikasi PBTPay.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Teknologi Maklumat MPKS di talian 03-32891439 samb. 188.