Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE TERBUKA PIALA YDP MPKS 2025

Kejohanan Petanque Double Terbuka Piala Yang Dipertua MPKS 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Februari 2025 di Arena Petanque, Kompleks Sukan Kuala Selangor. Program ini bertujuan untuk mencari pelapis baharu dalam dunia sukan petanque serta mempromosikan daerah Kuala Selangor sebagai destinasi sukan dan pelancongan.

Kejohanan yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 10.00 malam ini telah menarik penyertaan sebanyak 109 pasangan/ pasukan hebat daripada pelbagai daerah dan negeri. Majlis penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.

Berikut adalah senarai pemenang bagi kejohanan ini:

🏆 Johan – ATM

🥈 Naib Johan – GPG 3

🥉 Ketiga Bersama – MPKS 1 & ATM 14

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan tinggi sepanjang kejohanan ini. Diharapkan program seperti ini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang bagi memperkasa sukan petanque di peringkat tempatan dan kebangsaan.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS #SukanUntukSemua

#Petanque 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS