Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

HARI BERSAMA JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) MPKS 2025

HARI BERSAMA JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) MPKS 2025

Pada 22 Februari 2025, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Program Hari Bersama Jawatankuasa Penduduk (JKP) 2025 bertempat di Eco Grandeur Hall, Puncak Alam. Program ini telah menghimpunkan seramai 168 peserta, termasuk Ahli Majlis MPKS, Ketua Jabatan, serta Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Penduduk dari seluruh daerah Kuala Selangor.

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat serta memberikan pendedahan tentang perancangan dan pengurusan pembangunan di kawasan MPKS. Pelbagai sesi taklimat telah diadakan, antaranya Pembangunan Infrastruktur MPKS 2025, Pembentangan Bajet Peruntukan Jawatankuasa Penduduk, serta Tatacara Permohonan Peruntukan JKP. Selain itu, sesi perkongsian berkenaan Manfaat Bandar Pintar & Rendah Karbon serta Pencegahan Jenayah turut menarik perhatian para peserta.

Salah satu detik kemuncak program ini ialah penyampaian Anugerah Pengurusan JKP Terbaik 2024 kepada 12 JKP yang cemerlang serta Anugerah Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Terbaik 2024 kepada tiga MPP yang menunjukkan prestasi luar biasa. Selain itu, pembukaan Kaunter Aduan Awam (SISPAA) MPKS turut membolehkan orang ramai mengemukakan aduan serta menyemak status aduan mereka secara terus.

Program ini turut selari dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), termasuk SDG 1 (Tiada Kemiskinan), SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan), SDG 13 (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim), SDG 16 (Keamanan dan Keadilan), serta SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat).

Berikut adalah penerima Anugerah Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) 2024 dan Anugerah Pengurusan JKP Terbaik 2024.

Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) 2024

1. MPP Saujana Utama

2. MPP Tanjung Karang

3. MPP Puncak Alam

Anugerah Pengurusan JKP Terbaik 2024

1. Taman Seri Setia, Tanjung Karang

2. Taman Laksamana, Kuala Selangor

3. Taman Penggawa, Kuala Selangor

4. Taman Desa Mahang, Ijok

5. Taman Seri Indah, Bestari Jaya

6. Taman Jati, Jeram

7. Bukit Saujana 1, Saujana Utama

8. Iris Apartment, Saujana Utama

9. Taman Seri Alam, Saujana Utama

10. Zon H (Papaclub) Puncak Alam Fasa 2

11. Sinar Alam Shah Alam 2, Puncak Alam

12. Taman Alam Perdana, Puncak Alam.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada para peserta, malah turut memperkasakan peranan komuniti dalam pembangunan kawasan setempat. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS