Color
Text
 

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

Scan for Online Application Payment (iP3KS)

LAWATAN PENANDAARASAN PROGRAM PEMENTORAN OLEH MPKS KE MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan kunjungan rasmi ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi (MPAJ) pada 26 Februari 2025 bagi tujuan lawatan penandaarasan Program Pementoran. Lawatan ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung, Menara MPAJ. Delegasi seramai 25 orang ini diketuai oleh Sr. Salinda binti Jamil, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKS dan disambut mesra oleh Yang Berusaha Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Setiausaha MPAJ.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membincangkan serta berkongsi cadangan penambahbaikan dalam pelaksanaan penyediaan laporan pementoran. Melalui sesi perbincangan yang diadakan, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dan pengalaman dalam usaha memperkukuhkan sistem pementoran yang lebih berkesan dan sistematik. Pertukaran ilmu ini diharapkan dapat membantu MPKS dalam menambah baik kaedah pelaporan serta meningkatkan keberkesanan program pementoran.

MPKS berharap lawatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada MPKS tetapi juga mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuhkan mutu perkhidmatan kerajaan tempatan. Terima kasih diucapkan kepada MPAJ atas kesudian menerima kunjungan ini dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS