Color
Text

PEMANTAUAN KEBERSIHAN BAZAR RAMADAN DI TANJONG KARANG

Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor telah menjalankan pemantauan kebersihan makanan di dua lokasi bazar iaitu Bazar Ramadan KP 1 Tanjong Karang dan Bazar Ramadan Jalan Bomba. Hasil pemeriksaan menunjukkan kebanyakan pengendali makanan mematuhi syarat kesihatan, seperti menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan anti-tifoid.

Selain itu, persampelan makanan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor bagi menguji kebersihan lauk pauk yang dijual. Sampel makanan yang diambil secara rawak akan dianalisis sekiranya ada kehadiran bakteria dalam makanan tersebut. Ini adalah langkah penting bagi memastikan makanan yang dijual selamat untuk pengguna dan bebas daripada pencemaran.

Di samping pemeriksaan kebersihan makanan, kempen kesedaran turut diadakan untuk mendidik pengendali makanan dan pengunjung bazar. Sebanyak 100 risalah berkaitan amalan kebersihan makanan telah diedarkan, manakala kempen kitar semula minyak masak terpakai turut dilaksanakan dengan pengedaran risalah. Langkah-langkah ini menunjukkan komitmen MPKS dan PKDKS dalam memastikan makanan yang dijual di bazar Ramadan bersih dan selamat untuk orang ramai.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS