SESI TEMUBUAL YDP MPKS BERSAMA SELANGOR FM
YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), telah meluangkan masa untuk program wawancara Kopi O Teh Tarik, Segmen PBT dan Anda di radio SELANGORfm 100.9 pada 6 Mac 2024 di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi pelbagai persediaan dan harapan pihak majlis dalam memastikan kesejahteraan masyarakat Kuala Selangor. Beliau juga menekankan komitmen MPKS dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta berkesan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.
Program ini menjadi platform penting bagi MPKS untuk menjelaskan perkhidmatan yang ditawarkan serta mendengar maklum balas daripada masyarakat.
Melalui sesi interaktif ini, penduduk Kuala Selangor dapat lebih memahami peranan MPKS dalam pembangunan bandar yang bersih, selamat, dan selesa. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuhkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti, sekaligus memastikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
@selangorfm100.9 #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS