Color
Text

MPKS SERTAI KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA & OPS SELAMAT 2025

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama agensi-agensi dalam daerah Kuala Selangor telah menyertai Kempen Keselamatan Jalan Raya & OPS Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri, yang berlangsung pada 28 Mac 2025 di Stesen Minyak Petronas Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Sepanjang program, edaran cenderahati diberikan kepada pengguna jalan raya sebagai tanda penghargaan dan peringatan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu. Penyerahan cenderahati MPKS telah disampaikan oleh YBrs. TPr Tuan Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.

MPKS menyeru semua pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman selamat dan lancar.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS #OPSSELAMAT2025 #KempenKeselamatanJalanRaya #SelamatHariRaya 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS