Color
Text

KUNJUNGAN HORMAT FAMA NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR (MPKS)

Pada 7 April 2025 (Isnin), satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Lawatan ini telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibu Pejabat MPKS.

Delegasi FAMA diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Isa bin Haji Hamzah, Pengarah FAMA Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, dan telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa pembangunan ekonomi tempatan melalui sektor pertanian, penternakan dan pemasaran hasil tani.

Perbincangan turut menyentuh peluang kolaborasi dalam inisiatif penambahan pasar tani dan kapasiti usahawan tani di daerah Kuala Selangor. MPKS amat mengalu-alukan kerjasama yang dapat memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat dan menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan secara mampan.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS