OPS MEGA PEMBERSIHAN PUTRA HEIGHTS
Susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, satu operasi pembersihan besar-besaran telah digerakkan pada 12 – 13 April 2025 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk.
Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) turut turun padang membantu dalam misi pembersihan ini bersama Kerajaan Negeri Selangor dan agensi-agensi lain. Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan PANTAS MPKS yang bertungkus lumus membantu dalam Ops Mega Pembersihan ini.
#OpsMegaPembersihan #PutraHeights #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS