Color
Text

UCAPAN TAKZIAH

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025.

Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh duka ini.

"Daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali."

Ikhlas daripada:

Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis serta Warga Kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS