ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR (AINS) 2025 PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR
Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) 2025 peringkat Daerah Kuala Selangor telah berlangsung pada 19 Mei 2025 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Sebanyak 36 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang melibatkan penyertaan daripada beberapa ketegori iaitu sektor awam, institusi pengajian tinggi (IPT), sekolah serta agensi swasta.
Penilaian pertandingan telah dijalankan oleh 6 orang panel penilai yang diketuai oleh Encik Syamsul Khoir bin Md Ridzuan dari Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Majlis penyampaian sijil penyertaan daerah Kuala Selangor kepada setiap kumpulan telah disempurnakan oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS