KEJOHANAN E-GAMES PIALA YDP MPKS 2025
Kejohanan E-Games Piala YDP MPKS 2025 telah berjaya dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada 19 hingga 24 Mei 2025. Program ini merupakan platform bagi komuniti belia dan peminat sukan elektronik untuk menunjukkan bakat serta membina semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Pertandingan berlangsung dalam dua fasa, iaitu peringkat kumpulan secara dalam talian pada 19 dan 20 Mei 2025, dan peringkat akhir secara fizikal yang telah diadakan di Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang pada 24 Mei 2025.
Tiga e-sport games yang popular telah dipertandingkan, iaitu Mobile Legends, FIFA 25 dan PUBG Mobile. Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan:
Mobile Legends
Johan: Kyzer Domain
Naib Johan: ROYAL ESPADA
Ketiga: Main Gile
Keempat: Nama Pasukan
PUBG Mobile
Johan: 4SEA ESPORT
Naib Johan: AZ SLUMBER
Ketiga: HASHIRA REBORN
Keempat: HASHIRA LINX
FIFA 25
Johan: Krulez
Naib Johan: ayanakouji 79
Ketiga: Ridzuan
Keempat: iqmal
Kejohanan ini telah mendapat sambutan hangat daripada peserta dan komuniti setempat, sekaligus membuktikan potensi sukan elektronik sebagai medium pembangunan belia yang positif.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS