PROGRAM BUMI HIJAU 1.0 – KEMPEN PENANAMAN POKOK BERSAMA KOMUNITI MASJID RAJA LUMU
Majlis Perbandaran Kuala Selangor dengan kerjasama Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor dan pelajar Fakulti Perniagaan Pengangkutan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam telah menganjurkan Program Bumi Hijau 1.0 pada 25 Mei 2025 bertempat di Masjid Raja Lumu, Kuala Selangor.
Tujuan utama program ini adalah untuk menyokong usaha jabatan dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar selaras dengan inisiatif Bumi Hijau. Sebanyak 500 batang pokok telah ditanam dalam program ini, melibatkan tiga jenis pokok hiasan utama iaitu:
1. Garcinia subelliptica (Happy Tree)
2. Loropetalum chinense
3. Duranta gold
Penganjuran program ini bukan sahaja memperindah kawasan persekitaran masjid, tetapi juga memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan dan komuniti setempat dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS