Color
Text

KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA RAIL LINK SDN BHD (MRL) KE MPKS BAGI PEMBANGUNAN PROJEK LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL) SEKSYEN C2

KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA RAIL LINK SDN BHD (MRL) KE MPKS BAGI PEMBANGUNAN PROJEK LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL) SEKSYEN C2

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) pada 16 Jun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Siantan, Ibu Pejabat MPKS. Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan sesi libat urus dan pembentangan mengenai hala tuju pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), khususnya bagi Seksyen C2 yang melibatkan kawasan Daerah Kuala Selangor.

Projek ECRL merupakan inisiatif strategik yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang ke Pantai Barat termasuk negeri Selangor. Laluan Seksyen C2 akan merangkumi jajaran di Daerah Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor dan Klang. Perbincangan turut menyentuh isu-isu semasa yang berkaitan dengan penyelarasan pembangunan, impak tempatan serta perancangan masa hadapan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Delegasi MRL diketuai oleh Ir. Yusni bin Shahadan, Head, Land and Liaison Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS. MPKS sentiasa komited dalam memberikan kerjasama kepada agensi pelaksana demi kelancaran projek nasional yang berimpak tinggi ini.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS

#ECRL 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS