MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR (MPIPANS) 2025
MAJLIS PERSADA INOVASI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR (MPIPANS) 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengambil bahagian dalam Penilaian Awal Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2025 yang berlangsung pada 20 Jun 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Sebanyak dua kumpulan inovatif mewakili MPKS dalam sesi penilaian ini iaitu Kumpulan Work Smart dari Jabatan Khidmat Pengurusan/Unit Integriti dan Kumpulan Flexi yang merupakan gabungan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Pelesenan serta Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubungan Awam.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MPKS dalam memperkasa budaya inovasi di peringkat perkhidmatan awam demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS