Color
Text

PERTANDINGAN SUDUT KITAR SEMULA DAERAH KUALA SELANGOR 2025

♻️ PERTANDINGAN SUDUT KITAR SEMULA DAERAH KUALA SELANGOR 2025 ♻️

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan menganjurkan Pertandingan Sudut Kitar Semula Daerah Kuala Selangor 2025 yang terbuka kepada semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) serta sekolah di daerah ini. Pertandingan ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kelestarian alam sekitar melalui amalan kitar semula yang lebih sistematik, kreatif dan berimpak tinggi di kalangan warga pendidik dan pelajar.

Tempoh penyertaan akan dibuka bermula 30 Jun hingga 14 Julai 2025. Para peserta boleh mendaftar melalui pautan borang penyertaan yang disediakan menerusi imbasan kod QR pada poster rasmi pertandingan. Hadiah menarik menanti para pemenang, antaranya Johan akan membawa pulang wang tunai RM1000 beserta sijil dan trofi, manakala Naib Johan akan menerima RM500 berserta sijil dan trofi, tempat Ketiga akan menerima RM300 berserta sijil dan trofi. Tempat ke-4 hingga ke-10 pula akan menerima RM200 dan sijil penyertaan sebagai pengiktirafan usaha mereka.

MPKS menyeru semua institusi pendidikan di daerah ini untuk mengambil peluang menyertai pertandingan ini sebagai satu usaha bersama memupuk kesedaran sivik dan tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. Bersama kita jadikan Kuala Selangor sebuah daerah yang bersih, hijau dan mampan.

📅 Tarikh Penyertaan:

30 Jun 2025 - 14 Julai 2025

🏫 Terbuka kepada:

IPTA / IPTS & Sekolah

📥 Daftar penyertaan melalui pautan QR pada poster!

🎁 Hadiah menarik menanti:

🥇 Johan: RM1000 + Sijil & Trofi

🥈 Naib Johan: RM500 + Sijil & Trofi

🏅 Ketiga: RM300 + Sijil & Trofi

Tempat ke-4 hingga ke-10: RM200 + Sijil

Borang Penyertaan dan Syarat-Syarat Penyertaan

https://shorturl.at/WkbF8

Borang Penyertaan yang telah lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada:

📧 faeteha@mpks.gov.my atau abdaziz@mpks.gov.my

Mari bersama membudayakan kitar semula demi alam sekitar yang lebih lestari! 🌱

#MPKS #KualaSelangor #KitarSemula #SudutKitarSemula #MalaysiaMADANI #KitaSelangor #SayangiAlam