Color
Text

PENARAFAN BINTANG AUDIT TEKNIKAL (PBAT) KESIHATAN PERSEKITARAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

PENARAFAN BINTANG AUDIT TEKNIKAL (PBAT) KESIHATAN PERSEKITARAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima lawatan Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran pada 23 Jun 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibu Pejabat MPKS.

Sesi audit ini bertujuan menilai tahap pematuhan serta keberkesanan pengurusan kesihatan persekitaran oleh Pihak Berkuasa Tempatan, selaras dengan inisiatif Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Antara komponen utama yang dinilai termasuklah kawalan vektor, pengurusan bahan kimia, pengawalan kacau ganggu haiwan terbiar, serta pemeriksaan pasar, tandas awam dan premis makanan dari aspek pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Sesi audit ini diketuai oleh Encik Mohd Norhafiz bin Maszalan, Penolong Pengarah, Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS