Color
Text

SEMINAR WANITA 2025

SEMINAR WANITA 2025

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Seminar Wanita 2025 pada 25 Jun 2025 (Rabu), bertempat di Dewan Bandar Baru, Kuala Selangor. Seminar yang bertemakan "Melawan Beban Mental dan Ancaman Siber" ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran seramai 100 orang peserta wanita dari pelbagai latar belakang.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Liliana binti Ahmad, Timbalan Setiausaha MPKS. Seminar ini turut menampilkan dua orang penceramah jemputan iaitu En. Kamal Affendi bin Hashim, Penganalisis Jenayah terkenal, dan Pn. Ratna Safura binti Kamal Shari, Pengarah Kanan / Pegawai Psikologi dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor.

Pengisian seminar memberi fokus kepada dua isu utama yang sering membelenggu wanita masa kini, iaitu tekanan mental dan ancaman keselamatan di alam siber. Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada kedua-dua penceramah telah membuka mata para peserta tentang langkah-langkah pencegahan serta pentingnya kesedaran dalam menjaga emosi dan privasi digital.

MPKS amat menghargai kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan sebagai platform memperkasakan wanita, sekaligus menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS