Color
Text

PERHIMPUNAN PAGI MPKS BIL. 5/2025

Pada 12 September 2025 (Jumaat), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Perhimpunan Pagi Bil. 5/2025 bertempat di Dewan Sri Siantan, Ibu Pejabat MPKS.

Majlis ini dihoskan oleh Jabatan Pelesenan MPKS dengan penglibatan penuh warga kerja MPKS. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Mohammed Zakir Husin bin Mohammed Zahid, Pengarah Jabatan Pelesenan, diikuti ucaptama oleh YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.

🏆 Turut berlangsung sesi penyampaian hadiah & penghargaan:

🔹 Pemenang Kumpulan Inovasi MPKS (Peringkat Akhir AINS 2025)

🔹 Pengiktirafan EKSA MPKS Tahun 2025

🔹 Sijil Penghargaan Peserta Terbaik U-PLATS Digital Selangor 2025

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah! 👏

#MPKS #PerhimpunanPagi #KualaSelangor #IndahDanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS