Color
Text

KEJOHANAN DART BEREGU TERBUKA LELAKI & WANITA PIALA YANG DIPERTUA MPKS 2025

Majlis Perbandaran Kuala Selangor melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Kejohanan Dart Beregu Terbuka Lelaki & Wanita Piala Yang Dipertua MPKS pada 20 September 2025 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Pertandingan melibatkan kategori lelaki dan wanita dengan penyertaan seramai 97 regu termasuk 10 regu MPKS. Suasana penuh meriah dan semangat kesukanan jelas terpancar sepanjang kejohanan sehingga ke peringkat akhir.

Bagi kategori beregu lelaki, gelaran juara dimenangi oleh ILD Highton, naib juara milik BARA, manakala tempat ketiga dan keempat diraih oleh MIX dan MPKS 575 Storm. Dalam kategori 2nd Chance, pasukan MPAJ C dinobatkan sebagai juara, diikuti MPS B selaku naib juara, manakala Klang Darters dan E Bagok berkongsi tempat ketiga.

Bagi kategori beregu wanita, kejuaraan diraih oleh Dojo Eagles, manakala Semarak BHDC membawa pulang gelaran naib juara. Pasukan PDH Sister dan WDC Sister pula masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh TPr. Haji Mohamad Yusli Bin Askandar, Setiausaha MPKS, diiringi Encik Puspanath Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS serta Ahli Majlis MPKS.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta penghargaan kepada semua peserta yang telah menjayakan kejohanan ini. MPKS akan terus komited dalam mempromosikan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, dan mengukuhkan jalinan komuniti melalui penganjuran aktiviti sukan.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #KejohananDart #SukanKomuniti 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS