PROGRAM CINTAILAH SUNGAI KITA & HARI CUCI MALAYSIA 2025
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama agensi serta komuniti setempat telah menganjurkan Program Cintailah Sungai Kita & Hari Cuci Malaysia 2025 pada 27 September 2025 bertempat di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Program ini diadakan bagi menyemai kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai serta melestarikan alam sekitar.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPKS, Tuan Haji Mohamad Hanafe Bin Basri. Turut hadir memeriahkan majlis ialah TPr. Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS bersama dif-dif jemputan serta warga komuniti setempat. Pelbagai pengisian menarik turut diadakan antaranya aktiviti pembersihan sungai, pertandingan mewarna, pertandingan memasak makanan sihat, pameran kesedaran alam sekitar dan program kitar semula.
Sepanjang program ini, sejumlah kutipan berjaya direkodkan melalui kempen kitar semula dan pembersihan yang dijalankan. Kutipan tersebut meliputi 37.1 kilogram minyak masak terpakai (UCO), 21 kilogram e-waste, 308 kilogram sampah kitar semula serta 664 kilogram sampah bukan kitar semula. Kejayaan ini jelas menunjukkan komitmen masyarakat dalam bersama-sama menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Dengan tema “Waterways in our communities”, program ini diharap dapat terus memupuk kesedaran cintakan sungai, meningkatkan semangat gotong-royong serta menggalakkan gaya hidup lestari demi kesejahteraan komuniti dan kelestarian generasi akan datang.
#MPKS #KualaSelangor #CintailahSungaiKita #HariCuciMalaysia2025 #AlamSekitar #SantuariKelipKelip
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS