DIRGAHAYU TUANKU
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-35 Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, pada 12 Disember 2025 / 21 Jumadal Akhirah 1447H.
Semoga Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Sembah Takzim daripada Yang Dipertua, Setiausaha dan Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
