PELUANG PERNIAGAAN UNTUK PENJAJA & PENIAGA TEMPATAN
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka peluang kepada orang awam yang berminat untuk mengisi kekosongan tapak perniagaan di Tapak Penjaja Jalan DC 4/1 dan Tapak Bazar Ramadan Jalan DC 4, Desa Coalfields.
Sebanyak 30 petak disediakan dengan waktu perniagaan setiap Jumaat hingga Ahad, bermula jam 7.00 malam hingga 12.00 pagi.
Permohonan masih dibuka sehingga 31 Disember 2025 dan boleh dibuat secara dalam talian atau hadir terus ke Kaunter Jabatan Pelesenan MPKS.
Permohonan dalam talian:
Sila pastikan dokumen sokongan lengkap seperti salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport, suntikan Typhoid (TY2) dan sijil pengendalian makanan.
Rebut peluang ini dan jadilah sebahagian daripada komuniti peniaga di bawah seliaan MPKS.
