Color
Text

PERINGATAN KEPADA SEMUA PENJAJA

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap penjaja yang tidak berniaga di tapak penjaja yang telah diluluskan. Tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun dan sitaan akan dikenakan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

Bagi mengelakkan sebarang tindakan, orang awam dan penjaja dinasihatkan supaya membuat permohonan tapak penjaja secara sah melalui sistem dalam talian MPKS.

Permohonan boleh dibuat dengan melayari:

https://elesen.mpks.gov.my/

Waktu perniagaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Sesi pagi: 7.00 pagi – 11.30 pagi

Sesi petang: 12.00 tengah hari – 6.30 petang

Sesi malam: 7.00 malam – 12.00 malam

Kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan persekitaran perniagaan yang teratur, bersih dan mematuhi peraturan di bawah seliaan MPKS.

#MPKS

#PeringatanAwam

#PenjajaMPKS

#KualaSelangor