Color
Text

MALAM SANTAI KEBUDAYAAN & SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026 MPKS

Malam Santai Kebudayaan & Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah berlangsung dengan meriah pada 31 Disember 2025 bertempat di Dataran Malawati, Kuala Selangor.

Program ini telah menghimpunkan ribuan pengunjung dengan pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan kebudayaan, hiburan pentas, persembahan bunga api serta detik kiraan saat menyambut ketibaan Tahun Baru 2026 dalam suasana penuh harmoni dan perpaduan.

Acara sampingan Altingsburg Night Run 2025 – 5KM turut mencatat penyertaan seramai 500 peserta, manakala program cabutan bertuah menerima lebih 2,000 penyertaan daripada para pengunjung.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basre, Yang Dipertua MPKS dan YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS serta Ahli-Ahli Majlis dan para Pengarah Jabatan/Unit MPKS.

MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta warga Kuala Selangor yang hadir memeriahkan sambutan ini. Semoga semangat perpaduan dan kebersamaan ini terus mekar dalam membina Kuala Selangor yang sejahtera dan progresif.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS