MAJLIS PELANTIKAN DAN ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR SESI 2026–2027
Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bagi sesi 2026–2027 telah berlangsung dengan penuh istiadat dan tertib pada 7 Januari 2025, di Dewan Sri Siantan, Ibu Pejabat MPKS. Majlis tersebut menandakan pelantikan rasmi Ahli-Ahli Majlis yang akan menggalas tanggungjawab dalam membantu memperkukuh tadbir urus serta memastikan penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terus cekap, berintegriti dan berfokus kepada kepentingan rakyat.
Ucaptama majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Dalam ucapannya, beliau menegaskan peranan penting Ahli Majlis sebagai jambatan antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat serta menyeru agar amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan kebertanggungjawaban.
Seramai 23 orang Ahli Majlis telah mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2026–2027. Pelantikan ini mencerminkan kerjasama pelbagai parti politik dalam menyokong pentadbiran kerajaan tempatan, dengan komposisi Ahli Majlis terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat seramai 10 orang, Parti Amanah Negara seramai 7 orang dan Parti Tindakan Demokratik seramai 5 orang.
Ahli-Ahli Majlis yang dilantik bagi sesi ini ialah Yang Dihormatkan Dato’ Mohamad Yaacob bin Dato’ Ismail, Tuan Haji Anwar bin Karison, Encik Khider bin Abdul Rahim, Encik Yeow Yeong Feng, Encik Lim Yau Mien, Encik Muhammad Asyraf Syafiq bin Anuar, Encik Mohamad bin Abdul Rahman, Puan Arutselvi a/p Amalanathan, Encik Mohd Shahrul Adib bin Misnani, Puan Haliza binti Montak, Encik Jegatheesan a/l Subramaniam dan Puan Nor Faizah binti Ismail.
Turut dilantik ialah Encik Mohd Jaferi bin Manan, Encik Yoong Hoi Keun, Encik Gunasakaran a/l Subramaniam, Puan Zainun binti Muskam, Encik Mohd Nadzril bin Beedin, Encik Murvinthen a/l S. Mohan, Cik Tracy Tee Ghia Hoong, Encik Dave Lee Loong Yeh, Encik Tan Kik Meng, Puan Pushpa a/p Nagiah Vengadesan dan Encik Abd Qayyum bin Mazelan.
Pelantikan Ahli-Ahli Majlis bagi sesi 2026–2027 ini diharap dapat memperkukuh lagi sistem pentadbiran MPKS serta menyumbang secara efektif dalam merangka dasar, membuat keputusan dan melaksanakan inisiatif pembangunan yang mampan demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan daerah Kuala Selangor.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS