MAJLIS AKRAB MAHABBAH INSANI RAMADAN DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadan telah berlangsung pada 27 Februari 2026 (Jumaat) jam 5.30 petang bertempat di Dewan Jubli Perak dalam suasana penuh keberkatan dan ukhuwah. Majlis ini menghimpunkan kepimpinan negeri bersama para penjawat awam Negeri Selangor bagi menyemarakkan semangat Ramadan serta memperkukuh nilai kebersamaan dan mahabbah insani.
Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang turut menyampaikan amanat dan penghargaan kepada seluruh penjawat awam atas komitmen serta dedikasi mereka dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat Negeri Selangor. Ucapan beliau menekankan kepentingan integriti, keikhlasan dan semangat berpasukan dalam memperkukuh tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri.
YBrs Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor turut hadir sebagai tanda sokongan dan komitmen MPKS dalam mempererat hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan dan kepimpinan kerajaan negeri.
Majlis kemudiannya disusuli dengan Tazkirah Ramadan yang menyentuh penghayatan nilai kesabaran, amanah dan ihsan dalam kehidupan serta kerjaya.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS