Color
Text
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah hadir menyertai Program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 yang berlangsung di Stesen Petronas Pasir Penambang pada 18 Mac 2026.

Program yang melibatkan pelbagai agensi dalam Daerah Kuala Selangor ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor. Mewakili pihak MPKS, turut hadir adalah YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.

Sepanjang program berlangsung, edaran cenderahati serta pamplet keselamatan jalan raya telah diberikan kepada para pengguna jalan raya yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing sebagai peringatan untuk sentiasa berwaspada di jalan raya.

Seluruh warga kerja MPKS ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman buat semua perantau. Semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS