MESYUARAT “FUTURE FOWARD” BANDAR PINTAR TAHAP 2 (MEMBANGUNKAN BANDAR PINTAR) SECARA “HYBRID” TAHUN 2026
Pada 2 April 2026, bertempat di bilik mesyuarat Ixora, Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah berlangsung Mesyuarat “Future Foward” Bandar Pintar Tahap 2 (Membangunkan Bandar Pintar) Tahun 2026. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh TPr. Hj Mohamad Yusli Bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Mesyuarat yang diurusetiakan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan selaku Penyelaras Bandar Pintar MPKS ini merupakan usaha membina kefahaman bersama agensi terlibat mengenai 4 kriteria dan 35 indikator bagi membawa MPKS ke arah bandar pintar tahap 2. Penerangan yang cukup mendalam ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Fazli bin Idris, Pegawai Perancang Bandar dan Desa dibawah unit Bandar Pintar, PLANMalaysia.
MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi dan peserta yang terlibat. Diharapkan melalui mesyuarat ini, setiap jabatan dan agensi lebih memahami 35 indikator dengan lebih mendalam dan sebagai panduan keutamaan projek jabatan, dapat berkongsi maklumat serta memperkukuh kerjasama secara berterusan dalam memastikan pembangunan di Kuala Selangor khususnya, dapat mencapai bandar pintar dan rendah karbon menjelang 2035.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

