JELAJAH TAAT SETIA MADANI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menghadiri Program Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung pada 3 April 2026 (Jumaat) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.
Program ini merupakan manifestasi komitmen berterusan dalam memperkukuh penghayatan nilai, semangat kenegaraan serta jati diri penjawat awam berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Hadir mewakili MPKS ialah YBrs. Tuan Mohamad Hanafi bin Basri, Yang Dipertua MPKS, YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS serta barisan Pengarah dan Ketua Unit Jabatan MPKS.
Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan semangat taat setia, kenegaraan serta iltizam dalam kalangan penjawat awam demi memperkukuh perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara.
#MPKS #MalaysiaMADANI #Selangor #PenjawatAwam #TaatSetia
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

