PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI TREM SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa waktu operasi perkhidmatan Trem Bukit Malawati pada 27 Mei 2026 (Rabu) sempena Hari Raya Aidiladha adalah seperti berikut:
2.00 petang hingga 6.00 petang
Para pengunjung dan pelancong yang ingin berkunjung ke Bukit Malawati diminta untuk mengambil maklum berkenaan perubahan waktu operasi tersebut.
MPKS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga sambutan kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan semangat pengorbanan buat semua.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #VisitSelangor2026 #CutiSekolah2026


