SIRI KONVOI #JOMSANTAIKUALASELANGOR 2026 | SELANGOR – TERENGGANU
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan mengadakan Siri Konvoi #JomSantaiKualaSelangor 2026 ke Negeri Terengganu pada 15 Jun 2026 bagi mempromosikan Kuala Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan sempena Tahun Melawat Selangor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Orang ramai dijemput untuk bertemu delegasi MPKS di lokasi-lokasi promosi berikut mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan:
CP1: Noor Arfa Craft Complex (NACC)
Jangkaan tiba: 10.20 pagi
CP2: Pasar Payang
Jangkaan tiba: 2.00 petang
CP3: Pantai Batu Buruk
Jangkaan tiba: 5.00 petang
Program ini merupakan inisiatif MPKS dalam memperkenalkan keunikan produk pelancongan, warisan sejarah, budaya, gastronomi serta pelbagai tarikan menarik yang terdapat di Kuala Selangor kepada masyarakat setempat dan pelancong dari seluruh negara.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai destinasi pelancongan Kuala Selangor, aktiviti menarik serta pelbagai promosi sempena Tahun Melawat Selangor 2026.
Jumpa kami di sana!
#JomSantaiKualaSelangor #VisitKualaSelangor #TahunMelawatSelangor2026 #VisitSelangor2026 #MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah


