TAHNIAH PENERIMA PINGAT KEBESARAN NEGERI SELANGOR 2026
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada lima warga kerja MPKS yang telah dikurniakan pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan pembangunan daerah Kuala Selangor.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang, berintegriti dan berbakti demi kemajuan organisasi serta kesejahteraan komuniti.
Sekalung tahniah dan syabas kepada para penerima daripada Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja MPKS.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah


