PEMAKLUMAN GANGGUAN SISTEM SMART SELANGOR PARKING DAN FLEXI PARKING
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa operasi platform Smart Selangor Parking dan Flexi Parking terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak berikutan gangguan sistem yang sedang berlaku.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti saluran rasmi MPKS bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung status pemulihan sistem tersebut.
Maaf atas segala kesulitan yang dialami. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-3289 1439.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #SmartSelangorParking #FlexiParking #Pemakluman #GangguanSistem


