SESI FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) VOLUNTARY LOCAL REVIEW (VLR) SIRI 2 PERKUKUH HALA TUJU PEMBANGUNAN MAMPAN MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi penyediaan Laporan Hala Tuju Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals Roadmap) dan Voluntary Local Review (VLR) di bawah Peruntukan Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Tahun 2026 Siri 2 yang berlangsung di pada 2 Julai 2026 di Dewan Dato' Hormat, Tanjong Karang dan diurussetiakan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKS
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor, yang turut menyampaikan ucapan pembukaan sebelum sesi diteruskan dengan pembentangan Projek Malaysia SDG Cities oleh wakil Urbanice Malaysia serta taklimat pelaksanaan Focus Group Discussion.
Sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada pengesahan dapatan peringkat pertama, penilaian prestasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), mengenal pasti jurang pelaksanaan, merangka hala tuju dan keutamaan strategik bandar, di samping memperkukuh aspek tadbir urus, penyelarasan dasar, pembiayaan serta pemantauan pelaksanaan pembangunan mampan di Kuala Selangor.
Pelaksanaan FGD ini mencerminkan komitmen MPKS dalam memperkukuh agenda pembangunan mampan sejajar dengan aspirasi RMK13, sekali gus memastikan pembangunan Kuala Selangor dilaksanakan secara inklusif, berdaya tahan dan mampan demi kesejahteraan masyarakat.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

