MESYUARAT AGUNG TRITAHUNAN ANULAE CAWANGAN MDN SELANGOR SESI 2026–2029 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan ANULAE Cawangan MDN Selangor Sesi 2026–2029 yang berlangsung pada 2 Julai 2026 di Dewan Seri Siantan, MPKS.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor, manakala ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Emrizal bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.
Turut hadir ialah Encik Shah Rullnizam bin Apandi, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merangkap Pengerusi ANULAE Cawangan MDN Selangor.
Mesyuarat Agung Tritahunan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim, memperkasa kerjasama serta membincangkan hala tuju dan perancangan strategik ANULAE Cawangan MDN Selangor bagi sesi 2026–2029.
Turut berlangsung penyampaian cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa yang telah menamatkan perkhidmatan serta penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa sesi 2023–2026 sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan jasa yang telah dicurahkan.
Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan yang menerajui ANULAE Cawangan MDN Selangor bagi sesi 2026–2029. Semoga kepimpinan baharu ini terus memperkukuh peranan persatuan dalam menjaga kebajikan ahli serta mempererat hubungan antara warga Pihak Berkuasa Tempatan.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

