PERTANDINGAN MENEMBAK JAWATANKUASA PENDUKUNG ASKAR WATANIAH (JAKPAW) NEGERI SELANGOR TAHUN 2026 DAN MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SUKARELA SIRI KHAS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menyertai Pertandingan Menembak Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Selangor Tahun 2026 serta menghadiri Majlis Penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri Khas yang telah disempurnakan oleh Mejar Jeneral Haji Mohd Shauari bin Haji Mat Piah, Panglima 4 Divisyen.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor, YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh semangat patriotisme, kesukarelawanan dan kesiapsiagaan warga MPKS.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kakitangan MPKS, Pjm Zulkifli bin Hamzah atas kejayaan menerima Anugerah Penuntut Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 2/2026. Pengiktirafan ini membuktikan komitmen, disiplin dan kecemerlangan beliau sepanjang mengikuti kursus tersebut.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MPKS untuk terus berbakti dengan penuh dedikasi serta memperkukuh semangat patriotisme dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

