PERHIMPUNAN PAGI BIL. 2/2026 MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Perhimpunan Pagi Bil. 2/2026 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua MPKS, Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri.
Perhimpunan yang dihoskan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPKS ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Timbalan Setiausaha MPKS, Ts. Faezah binti Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPKS, barisan pengarah, ketua-ketua jabatan dan unit serta seluruh warga kerja MPKS.
Perhimpunan ini menjadi platform bagi memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan dan seluruh warga kerja MPKS, di samping menyampaikan amanat kepimpinan ke arah memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berorientasikan rakyat.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil Penghargaan Dedikasi dan Inspirasi Dalam Memperkasa Pembangunan Mesra OKU Daerah Kuala Selangor, Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), penyampaian insentif kemenangan pasukan MPKS bagi Kejohanan MAKSAK Games 2026 dan Kejohanan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) Siri 1, sesi pengenalan kakitangan baharu, tayangan video aktiviti MPKS bagi tempoh Februari hingga Jun 2026 serta sambutan hari lahir warga kerja MPKS.
Semoga perhimpunan ini terus menjadi wadah memperkukuh semangat kebersamaan, meningkatkan motivasi serta membudayakan budaya kerja cemerlang dalam merealisasikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Kuala Selangor.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

