KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN SELANGOR KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Selangor yang diketuai oleh Encik ncik Zaini bin Sulaiman (Business Development) Yayasan Selangor dan telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua pada 9 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat Malawati, MPKS.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara MPKS dan Yayasan Selangor di samping membincangkan potensi kerjasama dalam pelbagai aspek pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta pembangunan daerah Kuala Selangor.
MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Selangor atas kunjungan hormat ini dan berharap hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi merealisasikan pembangunan yang mampan dan kesejahteraan komuniti.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

