KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KUALA SELANGOR KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima lawatan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor yang diketuai oleh Encik Ahmad Zafir bin Daud, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor telah disambut oleh Tuan Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini Timbalan Setiausaha MPKS, pada 9 Julai 2026 di Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Lawatan ini diadakan sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara MPKS dan JKM Daerah Kuala Selangor, di samping membincangkan usaha memperkasa jaringan kerjasama dalam pelaksanaan program kebajikan serta inisiatif pembangunan komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor atas lawatan ini dan berharap hubungan strategik yang terjalin akan terus diperkukuhkan bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti di daerah Kuala Selangor.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

