TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA ULANG TAHUN KE-5 PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan pelbagai insentif dan promosi khas kepada seluruh warga Kuala Selangor sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan masyarakat terhadap pembangunan daerah ini.
Rebut peluang menikmati pelbagai tawaran menarik yang disediakan dalam tempoh kempen, antaranya:
• Tawaran Kompaun Letak Kereta RM10 sebelum tindakan mahkamah
• Pengecualian Denda Lewat Sewa Premis 100%
• Pengurangan Notis E dan Waran F 100%
• Kempen Pengurangan Kompaun Pelbagai MPKS sebanyak 50%
• Pengecualian Bayaran Proses Pindah Milik
• Parkir Percuma di seluruh kawasan parkir berbayar di daerah Kuala Selangor
• Tiket Trem Bukit Malawati hanya RM2
• Tiket Sampan Kelip-Kelip Kampung Kuantan hanya RM50
Di samping itu, orang ramai juga dijemput memeriahkan Karnival Jom Santai Kuala Selangor 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos 2026 di Dataran Malawati, Kuala Selangor, dengan pelbagai aktiviti menarik, pertandingan, persembahan pentas dan program kekeluargaan yang telah disediakan.
Jangan lepaskan peluang menikmati tawaran istimewa ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Manfaatkan promosi yang ditawarkan dan bersama-sama meraikan sambutan bersejarah Ulang Tahun Ke-5 Perbandaran Kuala Selangor.
Layari media sosial rasmi MPKS untuk maklumat lanjut mengenai syarat, tempoh tawaran dan aktiviti yang disediakan.
#IndahDanBersejarah #UlangTahunKe5MPKS #PerbandaranPintardanInklusifKeArahKesejahteraanRakyat #KarnivalJomSantai2026 #MalaysiaMADANI #KitaSelangor
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

