SESI LIBAT URUS KE ARAH BANGUNAN HIJAU DI DAERAH KUALA SELANGOR
Telah berlangsung Sesi Libat Urus ke arah Bangunan Hijau di Daerah Kuala Selangor yang bertujuan memperkukuh usaha ke arah pembangunan mampan serta menggalakkan pelaksanaan konsep bangunan hijau di daerah ini.
Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS. Turut hadir ialah Ts. Faezah binti Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, bersama wakil-wakil daripada jabatan dalaman Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
Sesi ini turut menampilkan pembentangan daripada agensi dan organisasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan lestari, iaitu:
• En. Zulhisham bin Mohamed
Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga, Ibu Pejabat JKR Malaysia
• Pn. Nur Azwani binti Mohamad Masri
Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC)
• En. Muhamad Azam bin Azmai
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
• Pn. Nur Fateha binti Jamaluddin
GreenRE Sdn. Bhd.
• En. Mohammad Faiz bin Md. Danuri
MyFundAction
Penganjuran sesi ini menjadi platform penting untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkasakan pembangunan bangunan hijau di Daerah Kuala Selangor. Diharapkan hasil perbincangan dan perkongsian yang diperoleh dapat menyokong agenda pembangunan bandar yang lebih mampan, berdaya tahan serta mesra alam selaras dengan aspirasi pembangunan hijau negara.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #KualaSelangor #BangunanHijau #GreenBuilding #PembangunanMampan #Kelestarian #MalaysiaMADANI
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

